Thursday 30 March 2017

Main video YouTube di background

Assalamualaikum w.b.t. Untuk entri kali ini, abam nak kongsi cara play video YouTube di background, so boleh la scroll FB, Insta, baca news sambil dengar lagu kat YouTube. Cara ini berkesan untuk semua jenis browser Chrome (Chrome, Chrome Canary dan etc). Untuk android memang berkesan, kalau iOS boleh try sendiri ye~

1) Buka Youtube dan pilih video yang nak dimainkan.



2) Tekan pada 3 dot kat browser tersebut, lepastu tick dekat Request Desktop Site. Page tersebut akan refresh dan layout YouTube akan jadi sebiji macam buka kat PC.




3) Kemudian, pergi direct ke home screen, dan kalau berjaya, akan muncul notification shade browser korang kat status bar.


4) Seterusnya, tekan play je kat situ dan video akan play macam biasa selagi korang tak tutup video tersebut.

Friday 31 July 2015

Cara buka folder Other di chat Facebook (phone)

Assalamualaikum w.b.t
Sebelum ni, sy ada kongsikan tentang cara buka folder Other. Untuk yg guna kan fon utk surf Facebook, mesti korang gunakan apps dia kan, betul tak? Kalau guna apps Facebook, korang tak boleh nak view folder Other. Haa, ni sy ada caranya.

1) Buka browser anda dan masukkan m.facebook.com ke dalam kotak url anda.


2) Log masuk akaun Facebook anda dan klik button Messages.


3) Skrol ke bahagian paling bawah dan anda akan lihat pautan See all messages. Dan seterusnya akan keluar kebih banyak pautan.


4) Akhir sekali, cari pautan View Other Messages. Klik pada pautan tersebut.

Nahh, tu lah caranya nak buka folder Other pada fon korang.

Sunday 18 January 2015

Tahukah anda ? [JAN]

Mari tengok beberapa trivia menarik !



Dalam tubuh badan manusia terdapat sejenis gen yang membantu proses
penuaan. Gen tersebut dikenali sebagai TERC. Saintis mendapati, dengan adanya gen ini dalam tubuh seseorang, ia akan menyebabkan seseorang itu kelihatan tiga atau empattahun lebih tua daripada usia sebenar.





Dalam banyak-banyak huruf, hanya huruf X sahaja tidak digunakan nama negara.

Pernah tak korang tengok iklan jam? Perasan tak kebanyakan iklan jam satu ketika dulu mesti menunjukkan waktu 10.10 minit. Tahukah anda, waktu 10.10 yang dipamerkan adalah simbolik kepada waktu bom atom menghancukan Hiroshima dan Nagasaki. Jadi bagi mengenangkan tragedi itu, kebanyakan iklan jam akan menunjukkan waktu tersebut. Selain itu, tujuan iklan ini ialah untuk mengutuk tindakan Amerika Syarikat yang kejam itu. ( tengok Google kalau tak percaya :  Watch ads


Jika membeli sebotol air mineral, tentu anda perasan kewujudan satu gegelang mudah patah di bawah penutup botol. Tujuan gelang ini sebenarnya ialah sebagai penyerap tekanan apabila botol dibuka.







Kita sering tertanya-tnya, mengapa di bawah kuku kita terdapat satu bahagian warna putih. Sebenarnya, bahagian putih ini dikenali sebagai lunula. Ia adalah gelembung udara yang terperangkap di bawah kuku.

Friday 16 January 2015

Tahukah anda ? [JAN]

Tahukah anda ? 





Sudah tentu anda pernah menyaksikan persembahan tarian balet. Tapi tahukah anda, ada seorang penari balet dari Perancis yang mempersembahkan tarinannya dengan meletakkan pisau pada kasutnya. Apa yang lebih unik,dia melakukan tariannya di atas piano. Wanita hebat ini bernama Amelia Segarra.








Pakar-pakar pergigian menganggarkan ada terdapat lebih 700 spesis bakteria dalam mulut manusia. Jadi jangan lupa bersihkan lidah juga semasa memberus gigi. Lidah yang bersih daripada sebarang bakteria akan berwarna merah jambu.













Dalam Bahasa Inggeris, huruf yang paling kerap digunakan ialah huruf E dan huruf yang paling jarang digunakan ialah huruf Q. Kalau tak percaya, cuba korang periksa novel-novel atau buku dalam Bahasa Inggeris.
           





Pergerakan pelakon dan ahli bela diri terkenal, Bruce Lee adalah terlalu laju sehinggakan rakaman videonya terpaksa diperlahankan untuk melihat pergerakannya. Walaupun begitu, ia masih tidak dapat dilihat dengan jelas.






Sultan Moulay Ismail dari Maghribi ialah lelaki paling hebat sepanjang zaman kerana beliau menjadi bapa kepada 525 orang anak lelaki dan 342 orang anak perempuan. Semua anaknya dilahirkan oleh 1,703 orang isteri. Hebat bukan?



Wednesday 7 January 2015

Cara buka folder Other [TUTORIAL]


Assalamualaikum w..b.t .. Sekarang ni, fb ada update baru, jdi tak sama macam dulu dah. So bila mesej seseorang yang bukan Friends, mesej tu akan masuk kat Other. Jadi hari ni saya nak tunjuk cara buka folder Other untuk PC dan fon.

Untuk PC

1) Pergi ke Messages

2) Cari Other dekat bahagian atas sebelah kiri dan klik.






3) Siap !



Untuk fon

1) Pergi ke Messages

2) Skrol ke bawah dan klik See All Messages




3) Skrol ke bawah lagi dan klik View other messages




4) Siap !

Monday 29 December 2014

Archin WordPress Theme Unauthenticated Configuration Access [TUTORIAL]


Sumber : http://www.exploit-db.com/exploits/21646/



Perkara yang diperlukan : PC/Lappy, Python, Otak.

Untuk entri kali ni, saya akan tunjukkan tutorial untuk exploit Archin WordPress Theme Unauthenticated Configuration Access.
Mula-mula sekali, copy dan paste skrip python kat bawah ni, dan save as (nama-file).py 

http://adf.ly/vey86

Lepas dah save skrip kat atas, mari mulakan.
1) Cari target menggunakan dork-dork kat bawah ni.
inurl:/wp-content/themes/archin/
inurl:/wp-content/themes/appius/
inurl:/wp-content/themes/felici/
inurl:/wp-content/themes/averin
inurl:/hades_framework/

2) Lepas dah jumpa target, pergi ke /wp-content/themes/(nama theme atau pulgin)/hades_framework/option_panel/ajax.php dan kalau page yang korang bukak tu kosong, maksudnya site tu vulnerable.

3) Okay, lepas dah buat semua langkah-langkah kat atas, korang teruskan je, bukak video kat bawah ni dan boleh ikut satu persatu.
> http://www.youtube.com/watch?v=CoaYBItg14c <

Sunday 28 December 2014

Waktu-waktu mustajab berdoa


Assalamualaikum, Bismillahirrahmanirrahim.. Untuk entri kali ini, saya nak kongsi kpd semua pembaca tentang waktu-waktu yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w untuk berdoa.



Terdapat beberapa waktu yangg disarankan oleh Rasulullah s.a.w untuk berdoa di mana waktu-waktu berikut insyaAllah akan dimakbulkan segala permintaan.

  • Di antara azan dan iqamat
Dari Anas bin Malik r.a, dia berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Sesungguhnya doa yang tidak tertolak adalah doa antara azan dan iqamat, maka berdoalah ketika itu" (HR Ahmad)

  • Saat hujan turun
Dari Saiyidatina Aisyah r.a, diriwayatkan "Sesungguhnya Nabi s.a.w apabila melihat hujan, beliau berdoa : Jadikanlah hujan ini hujan yang membawa manfaat atau kebaikan." (HR Bukhari)


  • Setelah selesai solat
Dari Abu Umamah, dia berkata : "Rasulullah s.a.w ditanya, wahai Rasulullah, doa apakah yang paling di dengar? Beliau berkata : "Doa di tengah malam terakhir, serta setelah selesai solat-solat wajib" (HR at-Tirmidzi)

  • Ketika sujud dan rukuk dalam solat
  • Diantara dua khutbah pada hari Jumaat
  • Selesai baca tahiyyat akhir, sebelum memberi salam

Berikut adalah beberapa waktu mustajab berdoa yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. Masih ada lagi yang lain, tapi saya cuma memetik yang paling mudah untuk diamalkan.
Sekian dari saya.


Firman Allah s.w.t :"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." ( Surah al-Mu'min, ayat 60 )