Tahukah anda, terdapat beberapa bukti dan kajian mengenai fakta bahawa otak seringkali menipu manusia. Antaranya ialah otak sering memadamkan imej di sekeliling manusia sekiranya seseorang itu betul-betul fokus terhadap sesuatu perkara di hadapannya.
Contohnya seperti seorang manusia yang sedang memandu kereta, pasti dia tidak akan pandang ke arah lain selain memandang ke arah jalan raya. Ini menyebabkan otak bertindak memadam imej-imej di sekeliling manusia tersebut dan kadang kala perkara inilah yang menyebabkan berlakunya kemalangan tidak diingini di mana manusia tidak dapat melihat objek sekeliling sekiranya terlalu fokus dengan sesuatu di hadapannya. Mari kita lihat bukti tentang fakta di atas.
Lihat gambar di atas, fokus mata anda pada titik hijau yang sedang berkelip, pasti salah satu titik kuning di bahagian tepi akan hilang secara tiba-tiba. Selamat mencuba .
Monday, 7 October 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment