Sunday, 28 December 2014

Waktu-waktu mustajab berdoa


Assalamualaikum, Bismillahirrahmanirrahim.. Untuk entri kali ini, saya nak kongsi kpd semua pembaca tentang waktu-waktu yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w untuk berdoa.



Terdapat beberapa waktu yangg disarankan oleh Rasulullah s.a.w untuk berdoa di mana waktu-waktu berikut insyaAllah akan dimakbulkan segala permintaan.

  • Di antara azan dan iqamat
Dari Anas bin Malik r.a, dia berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Sesungguhnya doa yang tidak tertolak adalah doa antara azan dan iqamat, maka berdoalah ketika itu" (HR Ahmad)

  • Saat hujan turun
Dari Saiyidatina Aisyah r.a, diriwayatkan "Sesungguhnya Nabi s.a.w apabila melihat hujan, beliau berdoa : Jadikanlah hujan ini hujan yang membawa manfaat atau kebaikan." (HR Bukhari)


  • Setelah selesai solat
Dari Abu Umamah, dia berkata : "Rasulullah s.a.w ditanya, wahai Rasulullah, doa apakah yang paling di dengar? Beliau berkata : "Doa di tengah malam terakhir, serta setelah selesai solat-solat wajib" (HR at-Tirmidzi)

  • Ketika sujud dan rukuk dalam solat
  • Diantara dua khutbah pada hari Jumaat
  • Selesai baca tahiyyat akhir, sebelum memberi salam

Berikut adalah beberapa waktu mustajab berdoa yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. Masih ada lagi yang lain, tapi saya cuma memetik yang paling mudah untuk diamalkan.
Sekian dari saya.


Firman Allah s.w.t :"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." ( Surah al-Mu'min, ayat 60 )


0 comments:

Post a Comment