Thursday, 25 December 2014

Sunnah yang jarang diamalkan

Assalamualaikum semua, harini aku nak kongsi dengan korang tentag beberapa sunnah Nabi Muhammad s.a.w yg kita lupa atau ada segelintir yang tak tahu pun. Mari tengok satu-satu..

Duduk mengangkat lutut dan merapatkan ke dada.




- Ni ada lah salah satu sunnah Baginda s.a.w yang paling ramai sekali tak tahu, malah ada sesetengah yang menggelar duduk macam ni, macam DUDUK CINA KALAH JUDI .. Astaghfirullah, ni sunnah Rasulullah, bukan duduk org kalah judi.

Minum atau hirup air sambil mengeluarkan bunyi.
- Ni jugak antara sunnah yang tak diketahui ramai. Kalau kita ikut adab atau tata tertib di meja makan yang dicipta oleh orang-orang barat, diorang cakap buat bunyi sambil minum ni tak sopan. So kat sini, korang pilih, nak ikut Baginda s.a.w atau undang-undang orang barat? renung-renungkan.

Celupkan semula lalat yang terjatuh dalam air buat kali kedua.
- Sunnah yang ini rasanya paling jarang orang buat, katanya jijik sebab lalat tu serangga kotor... Lalat memanglah serangga kotor, jadi Baginda s.a.w suruh celupkan semula tu sebab sebelah sayap lalat ni ada racun, dan sebelah lagi ada penawar, so kalau celup buat kali kedua, mungkin yang kedua tu penawar, maksudnya air tu boleh minum macam biasalah. Kalau sebaliknya, air tetap boleh diminum sebab penawar tu kuat daripada racun.

Kencing secara duduk.
- Sunnah yang ni pulak, ramai orang laki tak tahu. Maklumlah, laki kan ade kelebihan boleh kencing berdiri. Tapi tahukah anda, Nabi Muhammad s.a.w melarang kencing bediri, dan sudah tentu apa yang diajar Baginda s.a.w pun ada hikmahnya.. Dan sebab nya pulak, kencing berdiri ni antara penyumbang utama berlakunya penyakit batu karang. So korang tahu kan kebaikan kencing duduk, jadi lepas ni buatlah dengan niat ikut sunnah Baginda s.a.w dan supaya Allah elakkan kita daripada penyakit-penyakit yang tak diingini.

- Ni ada satu lagi sunnah yang berkaitan dengan kencing ni, sunnahnya, bagi perempuan, tangan mengurut  bahagian bawah pusat hingga dan bagi lelaki pulak, perfect je keluar, baru lah hidup sihat tanpa penyakit. InsyaAllah.

Berak mencangkung sambil angkat sedikit kaki kanan.
- Yang ni jarang-jarang orang buat, malah ada yang tak tahu pun. Sunnah ni bagus sebab dalam posisi ni, rektum kita berada di kedudukan yang sesuai bagi nak keluarkan najis. 




Berbeza pulak dengan berak secara duduk, rektum berada dalam kedudukan yang tak sesuai, ini yang menyebabkan jadi penyakit, antaranya buasir.

Tutup kepala masuk tandas.
- Semasa nak masuk tandas untuk buang air besar, atau kecil, ikutlah sunnah Rasulullah s.a.w iaitu dengan menutup kepala dengan kain. Sebab Baginda s.a.w suruh buat macam ni ialah tandas tu tempat iblis dan syaitan, jadi masa kita mengucil, puak-puak ni jugak mengucil atas kepala kita.. Jadi amalan ni bagus, tambah-tambah lagi untuk kanak-kanak yang baru nak membesar, sebabnya amalan ni boleh buatkan seseorang tu jadi baik dan senang dengar cakap. 

Ini lah antara sunnah-sunnah yang jarang kita buat atau ada yang tak tahu pun. Jadi lepas baca ni harap sama-sama dapat amalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w . Bukan susah pun, senang je. Malah siap ada pahala dan kebaikan lagi. Jadi sama-samalah amalkan. Sekian dari saya.

0 comments:

Post a Comment