Well Done Cookbook ini dicipta oleh sebuah syarikat pengiklanan, Bruketa&Zini OM. Ianya direka khas untuk sebuah syarikat pengeluar makanan terbesar di Crotia. Buku ini hanya bersaiz kecil sahaja (rujuk gambar) dan mengandungi resipi-resipi masakan.
Keistimewaan buku ini ialah, sekiranya hendak membacanya, buku ini perlu dimasak terlebih dahulu. Ia dimasak supaya dakwat dalam buku ini akan timbul dan boleh dibaca. Cara masakannya pulak, perlu dibalut dengan kertas aluminium dan dipanaskan dalam ketuhar pada suhu 100 darjah Celcius dan dimasak selama 25 minit. Setelah dimasak, dakwat dalam buku ini akan timbul dan boleh dibaca seperti biasa. Tapi anda harus hati-hati, sekiranya suhu terlalu tinggi atau dibakar terlalu lama, ianya akan terbakar. Manakala, jika suhu terlalu rendah dan dimasak terlalu cepat, tulisannya tidak akan timbul.
.Apa yang lebih istimewa ialah, setelah sudah dimasak, anda perlu cepat-cepat membaca resipi di dalamnya, kerana apabila buku ajaib ini kembali sejuk, tulisannya juga akan kembali pudar dan hilang. Ajaib dan kreatif betul otak manusia zaman moden ni kan?
Menurut maklumat yang diperoleh dari sumber rujukan, dakwat yang digunakan ialah dikenali sebagai Termo-reactive. Dakwat ini sangat sensitif kepada haba, menyebabkan tulisan akan timbul sekiranya terkena haba. Kertas yang digunkan pula ialah seperti Conqueror Laid Brilliant White 120 gram perm2, Munken Polar 130 gram perm2 dan Soporset 90 gream perm2.
Inilah keistimewaan dan keanehan buku resipi Well Done Cookbook. Sekian.
Sumber rujukan - Well Done Cookbook
0 comments:
Post a Comment