Saturday, 27 December 2014

Asal usul Times New Roman

Times New Roman

Sebut saja Times New Roman, pasti semua orang tahu dan kenal dengan nama tu. Namun setiap apa yang ada sekarang, pasti ada perekanya dan pernahkah terlintas di fikiran korang tentang pengasas tulisan rasmi ini ? Jadi,untuk entri kali ini, saya akan bawa korang untuk berkenalan secara kasar dengan pengasas nya dan cerita tentang pengasasan tulisan ini.



Pengasas tulisan Times New Roman, bernama Stanley Morison. Beliau dilahirkan pada 6 Mei 1889 di Wanstead, England. Pada awalnya, beliau bukanlah seorang yang mahir dalam bidang reka bentuk grafik, malah tidak mempunyai pengetahuan langsung tentang bidang itu. Pada ketika itu beliau hanyalah seorang pembantu editorial untuk majalah Imprint pada tahun 1913 hingga perang dunia pertama.

Bagaimanapun, dia mula belajar mengenai reka bentuk grafik di The Pelican Press dan Cloister Press ketika bekerja sebagai penyelia reka bentuk disitu. Sehingga pada tahun 1922, Morison telah mengasaskan Persatuan Flueron yang memberi kursus tentang percetakan dan beliau hanya berusia 33 tahun ketika itu. Lihat betapa gigihnya usaha seorang anak muda yang berjaya sehingga mampu memberi kursus tentang apa yang dipelajarinya. Dalam masa dia juga sedang bekerja sebagai seorang penulis di sebuah jurnal grafikk, Penrose Annual bermula dari tahun 1923 hingga 1925. Setelah itu, dia teruskan kerjayanya di sebuah jurnal percetakan, The Flueron. Pengalaman dan pengetahun yang luas tentang bidang itu menjadikannya seorang yang hebat dalam bidang itu.

Disinilah bakal bermula kisah awal tentang tulisan Times New Roman. Pada tahun 1931, dia berhenti menjadi penulis dan seterusnya menjadi penasihat kepada syarikat surat khabar terkenal iaitu The Times. Dan pada ketika itu juga, beliau mula mengkritik tentang akhbar itu yang gagal berubah dan masih mengekalkan tradisi lama. Beliau seterusnya bertindak dengan memanggil seorang rakannya yang bekerja sebagai pegawai pengiklanan disitu, Victor Lardent untuk mengubah tulisan asal akhbar The Times kepada tulis yang lebih kemas, tersusun dan tajam.



Pada mula tulisan ini direka, Morison hanya menggunakan huruf-huruf Plantin sebagai asas pada ketinggian dan kelebaran huruf untuk membentuk huruf baru. Akhirnya, tulisan yang direka ini diberi nama Times Roman dan mula digunakan oleh syarikat tersebut pada 3 Oktober 1932. Tulisan ini didaftarkan di The Monotype Corporation di England dan The Mergenthaler Linotype Company di Amerika Syarikat. Bagainmanapun pada tahun 1945, nama asal tulisan ini telah diubah menjadi Times New Roman oleh The Monotype Corporation namun The Mergenthaler Linotype Company tidak mengubah namanya, dan mereka masih mengekalkan Times Roman sebagai nama tulisan itu hingga ke hari ini.



Setelah 70 tahun lebih tulisan itu dicipta, ia telah diubah sebanyak 5 kali oleh syarikat akhbar The Times selepas berlaku beberapa perubahan pada akhbar mereka. Kini, tulisan ini dijadikan tulisan rasmi dan digunakan dalam novel, majalah, mahupun dalam surat-surat rasmi. Inilah kisah tentang tulisan Times New Roman yang kita guna setiap hari dalam urusan hidup kita. Sekian dari saya.

Sumber rujukan - Wikipedia

0 comments:

Post a Comment